KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu sentiasa menjalin hubungan dan kerjasama baik dengan Kerajaan Persekutuan serta menerima reaksi positif daripada kementerian termasuk pelbagai dana menerusi program berkaitan.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata sejak hari pertama selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (2018) hingga kini, jalinan hubungan baik dengan Persekutuan sering diutamakan dan menjadi pendekatan kerajaan negeri.
"Saya selalu tekankan kepada semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri supaya bertemu dan berbincang dengan kementerian berkaitan dengan portfolio masing-masing demi kebaikan rakyat Terengganu.
"Jadi, ini secara berterusan dan Alhamdulillah respons daripada rakan-rakan di kementerian sangat baik dan ada perkara yang telah kita mampu capai serta peroleh dana daripada program bersama dengan Kerajaan Persekutuan," katanya ketika ditemui pemberita selepas Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-15, di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.
Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin sewaktu Istiadat Pembukaan Penggal Kedua DUN Ke-15 bertitah mahu kerajaan negeri mengambil pendekatan komprehensif merancang pengurusan kewangan yang efektif dalam menghadapi cabaran ekonomi kini, antaranya dengan memperkasakan jalinan kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan.
Baginda bertitah melalui jalinan kerjasama bersama Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri perlu menyusun strategi jangka pendek, sederhana dan panjang secara komprehensif bersama jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan di negeri tersebut.
Titah baginda, kerjasama tersebut merangkumi perancangan cadangan projek-projek berimpak tinggi di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang akan berakhir pada 2025 dan ia hendaklah diteruskan bagi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang akan bermula pada 2026.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 22 2024
Ahmad Samsuri menjawab pertanyaan media selepas Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-15 di Wisma Darul Iman hari ini. - Foto Bernama
Bulan pemutihan PERKESO dilanjut hingga 30 Jun
Tempoh pendaftaran dan caruman pekerja dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sempena Bulan Pemutihan yang berakhir esok dilanjutkan selama sebulan lagi hingga 30 Jun ini, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.
Kawasan rumah tidak lagi sama, tiada lagi senyuman - penduduk
Seorang penduduk Palestin, Ikram Al Ham menzahirkan kesedihan melihat kawasan perumahannya di Khan Younis, Gaza tidak lagi sama seperti dahulu selepas rejim Israel membedil kawasan itu sehingga musnah.
Penduduk Chicago berhimpun bantah serangan kejam Israel
Ratusan penduduk berarak di Chicago untuk membantah serangan kejam Israel di bandar Rafah pada Rabu.
Malaysia kekal tempat pertama destinasi utama pelancong Muslim 2024
Malaysia terus mengekalkan kedudukan teratas untuk kali kesembilan dalam laporan Indeks Perjalanan Global Muslim (GMTI) 2024 oleh Crescentrating dan Mastercard yang dikeluarkan pada Khamis.
IWK sasar hasil tenaga solar 21,500 MWh menjelang 2027
Indah Water Konsortium (IWK) menyasarkan penghasilan tenaga solar sebanyak 21,500 MWh setahun menjelang 2027.
Penuntut universiti luar negara lebih faham, aktif sebar
Penuntut universiti di negara barat dilihat lebih aktif dan konsisten menganjurkan demonstrasi membantah serangan Israel kerana memiliki pemahaman lebih mendalam mengenai kekejaman rejim Israel termasuk membentuk generasi prihatin terhadap isu-isu Palestin.
FIFA lakukan penilaian penambahbaikan stadium di Indonesia
Badan induk bola sepak dunia itu berkata satu delegasi pakar melawat dan menilai lapan stadium berkenaan sebagai sebahagian daripada Memorandum Persefahaman (MoU) FIFA dengan Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI).
Seorang maut selepas terperangkap dalam enjin jet KLM
Seorang individu maut selepas terperangkap di dalam enjin jet penerbangan KLM petang Rabu di Lapangan Terbang Amsterdam Schiphol.
Gunung Marapi di Sumatera Barat meletus
Gunung Marapi di Sumatera Barat meletus pada Khamis, memuntahkan abu mencecah sehingga 2,000 meter dari kawah gunung
Pegawai penguat kuasa terlibat seludup sisik tenggiling akan didakwa esok - SPRM
Seorang pegawai penguat kuasa yang terlibat dalam sindiket penyeludupan dan pelupusan sisik tenggiling antarabangsa melalui pintu masuk negara akan didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor, pada Jumaat.
Terengganu tidak bincang cadangan hukuman sebat di khalayak - Azalina
Tiada sebarang perbincangan di antara Kerajaan Negeri Terengganu dan Kerajaan Persekutuan berhubung cadangan pelaksanaan hukuman sebat bagi kesalahan syariah di khalayak atau tempat awam.
Platform MyMudah lonjakkan pertumbuhan ekonomi Terengganu
Kerajaan Negeri Terengganu mengambil langkah proaktif dalam meningkatkan kualiti peraturan melalui pelaksanaan platform MyMudah.
Kerajaan Terengganu bayar RM472.78 juta hutang persekutuan - MB
Pada 2019, jumlah hutang yang dibayar ialah RM425.70 juta melalui pemotongan 25 peratus bayaran Wang Tunai Petroleum.
Pengurusan sisa: Terengganu kerjasama dengan Alam Flora
Daerah Kuala Terengganu dipilih untuk penilaian lanjut sebelum membentuk kerjasama dengan Alam Flora.
Terengganu sampaikan insentif lebih RM80,000 kepada pemenang pingat Sukan SEA Vietnam
Insentif melibatkan wang tunai RM4,000 bagi pemenang pingat emas, perak (RM3,000) dan gangsa (RM2,000) dalam kategori individu.
Sijil vaksinasi palsu: Kerajaan Terengganu pantau, ambil tindakan penjawat awam
Kerajaan Negeri Terengganu akan memantau dan mengambil tindakan sekiranya terdapat penjawat awam negeri yang didapati memiliki sijil suntikan vaksin COVID-19 palsu.
Program anak susuan patuh syariah di Terengganu bermula tahun hadapan
Pada peringkat permulaan kerajaan negeri mensasarkan 30 hingga 40 wanita untuk menjadi ibu susuan.
Penjawat awam diacu pisau, disamun ketika menunggu lif
Ketua Komunikasi Korporat sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri Terengganu disamun dan diacu menggunakan pisau, malam tadi.